Monday, May 26, 2008
Morning.. morning all... wah.. kalau ada yang baca blog aku di malam hari takkan la morning pulak kan. Lantak lah.
Sekarang ni aku berada di Kemaman. Duduk dalam bilik conference sorang2 sambil update blog. Conference akan start secara LIVE dari Dubai dalam masa sejam lagi dan selama 3 hari. Akan dihadiri oleh at least >10 org dari beberapa lokasi. Damn boriiing!!!
Lagi membosankan, aku akan stay di sini at least 2-3minggu. Benci!!!... kalau weekend aku dapat cuti leh gak aku ke KL lagi. Lagipun Kuantan - KL sangat la dekat. Bagi aku yang duduk Labuan ni sure lah cakap camtu kan.
Alahai... tak best nya bila ada keja. Tapi jadi bosan lak bila keja non-stop tapi weekend takleh ke mana. Huhuhuuuu.....
Saturday, May 24, 2008
Trip and travelling non-stop
Salam sejahtera kawan2. Hari ini aku masih lagi memblogging dari ofis aku dari Labuan. Semalam aku tak datang ofis sebabnya? Aku malas. Ley? Kan aku dah cakap, aku ni sesedap rasa jer nak ke ofis. Lagipun malam sebelum tu aku ligat bersukaria dengan housemate aku dan kawan2 ku yg baru balik offshore ke tempat hiburan yang selalu mendapat perhatian di Labuan. Kat mana? Korang carik sendiri. Kalau nak datang Labuan aku akan bawakan. Hehehehe...
So tu yang aku balik sampai pukul 3-4am dan memandu di bawah pengaruh alkohol. Cam sial jer. Kalau pak JPJ tahan tu sah2 la kopak aku nak bayar saman. Tapi time2 camtu di Labuan ni polisi2 semua pun di atas katil sudah. Sampai rumah aku dah takleh nak naik bilik dan aku almost tertidur kat tangga. Citt.. drive jauh2 boleh, nak naik bilik tak larat pulak. Nasib la housemate aku yang masih lom tido nampak aku dan suruh aku masuk bilik.
Tu yang the next day nya aku tak gi ofis. Sampai la petang aku tido kesedapan. TingTong!!
Sekarang ni aku sedang check2 email dan kemas2 apa yang patut sebab petang ni flight aku ke KL. Nasib aku dah gitau diorg book awal2 sebab flight semua dah fully-booked. Sooo... merasa la aku naik biz-class ke KL hari ni. Stay di KL semalam dan esok petang aku ke Kuantan dan seterusnya ke Kemaman.
Then aku tak tau lah ke mana lagi hala tuju aku. Seminggu dua di sana dan balik ke Labuan lagi or naik rig di sana. Whateverrr....
Bahhh.. itu sajalah post aku untuk hari ni.
Thursday, May 22, 2008
Not in the working mood
Sejak Selasa lepas. Bila masuk ofis jer aku tak bersemangat. Kenapakah? Sebab aku memang takde semangat lah. Camne nak buat. Maybe cuti seminggu yang best sangat sampai aku jadi tak bermaya nak memulakan hari aku di ofis. Nasib la takde sangat keja nak buat di ofis. Paling2 pun aku gi mengasap dan mengular. Keji kan kegiatan aku. Kalau tak bangun lambat nak gi ofis, aku akan pulang awal. Aku memang buat ofis tu cam ofis bapa aku sendiri. Even kalau keja dengan bapa aku pun rasanya aku takkan dapat nak buat camni. Hahaha....
Sementara memikirkan nak mendapat tiket flight free nak ke KL ni, aku lepak2 dulu tengok schedule dan upcoming jobs. Kadang2 aku bosan sangat kalau aku tak pegi job. Tapi kalau dah lama sangat aku jadi bosan sangat duduk di laut. Kalau boleh aku nak schedule yang paling cantik sekali. 2 minggu darat dan 2 minggu laut. Which is never gonna happen. Hehehhe.
Kenapakah aku menunggu peluang tiket flight free? Sebab kan aku akan gi Kemaman next week. So kalau boss dah approved awal2 dapat lah aku tukar tarikh dan stay di KL this weekend dan gi Kemaman the day after. Hahaha.. keji2. Harap2 lah dapat kan. Kalau tak merasalah aku duduk menikmati weekend di Labuan minggu ni. Bosan!!!
Tuesday, May 20, 2008
Back to work
Kembali ke alam kerja di Labuan yang membosankan ini setelah puas bercuti sakan di Kuching selama seminggu dan di KL 3 hari.
Percutian ku di KL memang sangat memuaskan hati tapi disebalik tu hanya ada beberapa kawan jer yang tau kisah duka nya camne. But overall, the fun time was marvellous. Tak caya? Tanya Payid.. hahahaha... siap tanya lagi si Payid mana kita kutip si seksi cun gilos tu... hahaha... Walaupun Payid tak berkenan dengan 'nasi lemak' RM4.50 itu tapi dia sempat berborak mesra gitu. Mesra kan dak Payid ni. Hahahah.... still try to imagine camne muka Payid terkejut melihat si M tu duduk posing seksi dalam keta sewa kitorg. Si Un pulak dalam diam mengambil kesempatan mencuci segala yang patut. Sekarang ko tau la kan Yid.. kalau dah taste aku tu hampir sama saja deskripsi nya.
Another funny thing, Payid disamakan dengan Un oleh awek seluar merah tu. Siap cakap macho lagi.. Terkedu kawan. Payid, ko memang macho. Walaweiiii.....
Dude days out kali ni memang the best. Looking forward for the next best days out again. Wait till I'll be there at the right time.
Next week aku ke Kemaman maybe around 2 weeks sebab ada course. Bosan gak tapi biar lah.. weekend aku leh turun KL lagi. :D
Wednesday, May 14, 2008
Cuti-cuti aka shopping2
Macam biasa lah di kala cuti2 bersama family memang tak lekat di rumah. Bangun jer pagi2 terus ku pujuk2 mak aku pegi jalan2 ke mana2 jer kaki nak pegi dan keta leh masuk.
Tapi kebetulan kali ni aku balik sebab membuat urusan terakhir untuk rumah baru ku yang akan boleh didiami oleh keluarga ku dalam masa sebulan or kurang dari sekarang sebab kena siapkan proses pemasangan jerigi besi (betulkah maksudnya tu?), lampu2 dan bekalan air juga beberapa basic interior design di dapur dan ruang tamu. Lepas tu baru lah family aku boleh move in. Maybe aku tak sempat nak move in bersama mereka memandangkan cuti aku limited sangat.
Tapi takpe, aku merasa terharu + happy tak terkata akhirnya aku dapat buat keluarga aku happy dengan kediaman yang selesa. Target aku nak beli rumah di KL pulak lepas ni sebagai tempat aku berehat di kala aku di KL anytime aku nak. Buat sementara ni aku sewa rumah di KL dan cam biasa poohbaby duduk di sana. Tapi aku tak puas hati dengan rumah sewa sebab takleh nak hias lebih2 sebab kemungkinan untuk pindah itu. So kalau rumah sendiri anytime la aku nak tambah hiasan dan perabot dan buat dengan seselesa yang boleh.
Err... dah lari tajuk nampaknya. Baik aku ajak mak aku gi shopping kat mana lagi hari ni. Maybe nak gi usha awek.. oopss... ngan mak lagi tu.. takleh.. takleh. Kantoi karang... nak gi usha lampu2 untuk rumah aku lah lepas ni. Letssss...
Sunday, May 11, 2008
My B'day and Mother's Day
Kebetulan b'day aku sama hari dgn Mother's Day dan aku berada di Kuching so aku pun plan membawa family aku dan bakal adik ipar aku sekali (gf adik aku la..) untuk pekena seafood di tepi pantai Santubong. Kami sampai agak lewat dan kurang jelas sedikit suasana laut. Aku semestinya dah bosan dengan suasana sedemikian tapi sure adik2 aku nak sangat menggirangkan diri ditiup angin laut.
Tapi takpe.. makanan yang diorder mengikut selera masing2 dan dah tak peduli siapa yang ada allergic pada seafood semua bantai. Actually adik2 aku memang allergic pada seafood especially ketam dan udang tapi aku tengok diorang ok jer lepas tu sebab ada pantang nya yang terjaga semasa pengambilan makanan larangan. Orang tua cakap, kalau ada yang allergic pada sesuatu benda (makanan maybe) jika dia mengambil benda tersebut maka harus lah didiamkan saja. Jangan ditegur takut kelak menjadi. So sampai kami dah masuk keta pun diorg cam ok jer. Kalau tak sure dah tergaru2 kegatalan.
Aku happy sangat dapat sambut b'day aku dan Mother's day sekali dengan family tercinta. Cuma kurang poohbaby tercinta jer. :(
Nak buat camne la kan. Kasih ku terpaksa dibahagi. Hehehhehe.....
Tuesday, May 06, 2008
Busy tak hengat
Ingatkan di darat leh la aku nak relax2. Tapi hampeh semata2 kerana sampainya aku di Labuan boss aku dah siap warning kalau nak cuti cepat baik siapkan Client Final Deliveries. Wah.. terus semangat aku buat keja sampai tak hengat masa makan dan masa tido.. Keji la pulok bunyi kan. Konon tak ingat masa makan dan tido tapi sempat pegi karaoke. Hahahha... fun maaa... terkurung lama sangat di rig haruslah meliar sekali sekala. Tak gitu nok?
Hari ini aku pegi Miri atas urusan kerja (tapi bukan under company aku okeyy!!) Means aku pegi secara menyelinap. Then balik tengah hari esok. Mudahan boss aku tak perasan aku tak hilang dari ofis. Keji kali kedua nih...
Nanti2 lah aku hapdet lagi sebab aku nak mengulor kejap nak gi tukar tayar keta aku yang dah takde bunga2 cinta tu then gi service aircond dan enjin. Tapi roadtax dan insurance lom bayar lagi. Ngeh ngeh ngeh... Kalau nampak bapak polis aku terus kecut. Cilakak.... bukan aku taknak bayar tapi saja jer nak melengah2. Dan aku tengah mencari syarikat insurance yg boleh bagi discount. Hahaha.. ingat supermarket ke??? Lantaklah...
Bah bah.. mengulor dulu ya buk2 sekalian... mari!!!......
Friday, May 02, 2008
Kembali ke darat jua
Setelah lama bertapa di lautan sepi iteww... akhirnya job ini P&A (plugged and abandon). Looks like my lucky day to see the future employer I di Miri lepas ni. :D
Sekarang ni di Sandakan lagi dan flight ke Labuan hari ni. Sampai Labuan nampaknya aku akan terbongkang la lepas ni. Hurrmmm... nak minta cuti dari boss. Kalau dia bagi, aku terus ke KL jumpa poohbaby then ke Miri then ke Kuching kot jumpa family tercinta. We'll see how lah kan......
Cantik sungguh suasana di waterfront di Sandakan ini. Entah bila lah lagi aku akan ke sini memandangkan rig (kediaman laut ku) itu akan towing ke Kerteh lepas ni. Sob sob sob...
Wednesday, April 30, 2008
Apa-apa jer lah
Hari ni aku hapdet lagi blog aku dengan topik yang membosankan. Macam biasa lah. Terpulang lah saper2 yg tersinggah dan terbaca blog aku ni dan komplen ianya membosankan. Which it is.
Aku jeles sangat la baca blog member2 aku yang sentiasa ada topik yang menarik dan info2 yang berguna. Nasib badan lah aku ni duduk di sini dan most of the time aku ni seperti katak di bawah tempurung yang diprovide internet tapi tak tau nak surf apa. Kekekkee....
But anyway, sure blog aku ni ada pembacanya tersendiri. Especially pada kawan2 aku yang scope keja nya cam aku. Alahai... ye ke ada?
Tiap-tiap hari nak tulis pasal keja aku dan apa yang berlaku di sini dan keja yang sama dan tak berkesudahan. Hurmm... nak buat camne la kan. Thats why aku sedaya upaya nak menulis something yang not directly related dengan keja tapi tetap takleh. Mesti related punya. Damn....
Tuesday, April 29, 2008
Another boring day
Setiap hari aku di sini aku tak rasa sangat. Lebih2 lagi bila job tak berjalan lancar spt yg diplan. So memandangkan tool kami takde dalam hole so i dont really care. Ada citer best kat HBO aku layan jer. Dalam bilik aku ada TV. Hehehe... Tapi aku lebih suka layan citer yg aku dload masa kat darat aritu iaitu Kyle XY buat masa ni. Nanti kalau dah abis koleksi maka aku layan la apa2 movie kat TV itupun waktu takde keja nak buat.
Tak tau la lepas ni bila dah balik darat. Kalau aku dah dapat offer letter dari that company maka aku pun bersiap sedia untuk duduk close-up review dgn boss aku di Labuan dan maybe di KL. Nak tgk apa lagi diorg nak offer aku. Tapi kalau aku dah nekad nak pegi aku dah tak peduli dah apa2 pun offer diorg nak bagi aku. Unless kalau diorg tetiba nak transfer aku ke UK ke.. duduk di KL office ke... erm... tingtong... which I dont think so. Paling best diorg nak transfer aku ke Middle East.. adui la.. i had enough of service company. Time to move on with big client company. Tunggu dan lihat sajalah... hehehe...
Boring nya.... camne aku nak menceriakan diriku ini? Sigup jummm....
Tak tau la lepas ni bila dah balik darat. Kalau aku dah dapat offer letter dari that company maka aku pun bersiap sedia untuk duduk close-up review dgn boss aku di Labuan dan maybe di KL. Nak tgk apa lagi diorg nak offer aku. Tapi kalau aku dah nekad nak pegi aku dah tak peduli dah apa2 pun offer diorg nak bagi aku. Unless kalau diorg tetiba nak transfer aku ke UK ke.. duduk di KL office ke... erm... tingtong... which I dont think so. Paling best diorg nak transfer aku ke Middle East.. adui la.. i had enough of service company. Time to move on with big client company. Tunggu dan lihat sajalah... hehehe...
Boring nya.... camne aku nak menceriakan diriku ini? Sigup jummm....

